TANGGUNGJAWAB IBU-BAPA TERHADAP ANAK-ANAK

Masmor 127:
3 Sesungguhnya, anak-anak lelaki adalah milik pusaka dari pada TUHAN, dan buah kandungan adalah suatu upah.
4 Seperti anak-anak panah di tangan pahlawan, demikianlah anak-anak pada masa muda.
5 Berbahagialah orang yang telah membuat penuh tabung panahnya dengan semuanya itu. Ia tidak akan mendapat malu, apabila ia berbicara dengan musuh-musuh di pintu gerbang.

Epes 6:4 Dan kamu, bapa-bapa, janganlah bangkitkan amarah di dalam hati anak-anakmu, tetapi didiklah mereka di dalam ajaran dan nasihat Tuhan.

Shalom saudara dalam Kristus,

Adalah sangat penting bagi kita sebagai ibu bapa dalam keluarga Kristian, membimbing dan mengajar anak-anak kita percaya hanya kepada Yesus Kristus. Sebab Dia adalah hanya"Jalan, Kebenaran dan Kehidupan kepada Bapa Syurgawai". Maksudnya "TIADA JALAN LAIN"!! tetapi hanya melalui Yesus Kristus, yang kita percayakan (Yoh 14:6).
Peranan ibu bapa mengajar dan membawa anak-anak menuju kepada Keselamatan dalam Yesus Kristus, amatlah sangat PENTING! VERY-VERY IMPORTANT MAN & WOMEN!! Ianya bukan sesuatu yang remeh-temeh, seperti yang kita anggapi, sebab pada waktu ini banyak sekali perkara yang dapat membawa anak-anak kita keluar daripada kebenaran akan Firman Tuhan! dan bahkan ada anak-anak kita orang kristian telah meninggal iman mereka kepada Tuhan.

Ingat!
Biarlah kita sebagai ibu-bapa kristian, memberi tanggungjawab yang lebih kepada anak-anak kita! Jangan pandang ringan apa yang di pertanggungjawabkan Tuhan kepada kita! Janga mengharapkan guru-guru Sekolah Minggu di gereja sahaja, tetapi tanggungjawab itu adalah tanggungjawab ibu-bapa di rumahtangga masing-masing! Belajar Firman Tuhan, Berdoa, dan menyembah Tuhan senantiasa. Hindari KESIBUKKAN yang tiada faedah!!

B -BEING
U - UNDER
S -SATAN
Y - YOKE

Ingat!
Jangan mengabaikan tanggungjawab kita di dalam Tuhan, walau sibuk bagaimanapun kita. Menangislah sekarang daripada kita menangis di kemudian hari. Selamatkanlah anak-anak kita sendiri sdra-i dalam Tuhan.


Sekian, terima kasih Tuhan memberkati.

Tuesday, September 1, 2009

Gambar keluarga aku

0 comments:

Template by : Kendhin x-template.blogspot.com